Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

6 mati gempa di China

gempa-china

Beijing: Enam terbunuh apabila gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah Xinjiang di barat China yang turut merosakkan ribuan bangunan.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa itu berpusat di daerah Pishan pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan.

“Bangunan bergegar dan orang ramai berlari keluar ke jalan,” kata Jin Xingchang, penghantar kurier di Hotan, kira-kira 15 kilometer dari Pishan.

Menurut Biro Hal Ehwal Xinjiang, 3,00o rumah dan bangunan lain rosak atau runtuh.

Pishan terletak di selatan gurun Taklamakan dekat sempadan India dan dihuni etnik Islam Uighur. Ia kaya dengan hasil bumi seperti arang batu, minyak, gas asli dan batu jed. -AP

Komen


Berita Berkaitan