Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

6 lot kedai musnah dalam kebakaran

SANDAKAN: Enam buah lot kedai tiga tingkat musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Batu lapan Jalan Sibuga 20, di sini, awal pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian yang memusnahkan dua tingkat lot kedai berkenaan iaitu masing-masing tiga lot di setiap tingkat dengan keluasan 40 kaki lebar dan 60 kaki panjang setiap lot itu pada jam 2.39 pagi.

Sejurus menerima panggilan, pihak bomba telah mengerahkan anggota ke lokasi dan tiba di lokasi sejauh sembilan kilometer itu pada jam 2.53 pagi.

Pihak bomba menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran 400’5 pancutan dan mendapatkan sumber air dari pili bomba berdekatan.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Razali Awang Ahmad bersama 19 anggota dan lima jentera itu berjaya di kawal pada jam 4.52 pagi dan tamat pada jam 7.10pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih disiasat.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Keadaan lot kedai yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Keadaan lot kedai yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan