Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

6 Letupan Bom Gegar Jakarta, Balai Polis Hancur, 3 Maut

1:24pm 14/01/2016 Pak Roshan 614 views Global

jakarta-bom

JAKARTA – Beberapa letupan kedengaran di tengah pusat ibu kota Indonesia, Jakarta pada lewat pagi 14 Januari, dengan sekurang-kurangnya disahkan tiga orang maut setakat ini dalam kejadian nekad tersebut.

Sebuah balai polis di tepi jalan raya utama rosak selepas enam letupan kedengaran. Sekurang-kurangnya tiga mangsa kelihatan terbaring di tepi jalan, menurut wartawanAFP yang berada di tempat kejadian.

Bunyi tembakan dilepaskan turut kedengaran di kawasan tersebut selepas itu, namun sehingga kini tidak jelas siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam letupan bom dilancarkan secara mengejut berkenaan.

Antara kawasan terlibat dengan serangan pengeboman itu ialah sekitar gedung Sarinah di Menteng dan media tempatan melaporkan siri letupan bermula kira-kira pukul 10 pagi (atau 11 pagi waktu Malaysia).

Gedung Sarinah setinggi 15 tingkat yang dirasmikan presiden pertama Indonesia, Soekarno pada 1967 merupakan pusat beli-belah pertama di republik itu dan juga popular dalam kalangan pelancong asing.

Smoke billows following a blast outside the Australian embassy in Jakarta on September 9, 2004.

Pemandangan asap letupan berkepul di pusat bandar raya Jakarta ketika serangan pengebom pada 2004. – Gambar hiasan

Ini merupakan insiden serangan pengganas terburuk selepas kejadian letupan bom di luar Kedutaan Australia pada 9 September 2004 lalu yang berjaya membunuh sembilan orang awam tempatan.

Jakarta pernah bergegar dengan dua serangan bom terbesar pada 2003 dan 2009 yang hampir memusnahkan Hotel Marriott dan Ritz Carlton tidak jauh dari bangunan pejabat diplomatik Australia itu.

Indonesia juga pernah menjadi tumpuan dunia sebelum itu susulan pengeboman di pulau peranginan Bali pada 2002 dan 2005 yang memang disasarkan untuk membunuh ramai pelancong Barat.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan