Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

6 jabatan UMS bakal diiktiraf SPKKP

 

Mohd Harun menyampaikan dokumen SPKKP Ketua Jabatan Canselori, No'man Ahmad merangkap Pemangku Pendaftar, sambil disaksikan oleh Rosli (tengah) dan Shamsul (kiri). - foto Monica Gidong
Mohd Harun menyampaikan dokumen SPKKP Ketua Jabatan Canselori, No’man Ahmad merangkap Pemangku Pendaftar, sambil disaksikan oleh Rosli (tengah) dan Shamsul (kiri). – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Sebanyak enam jabatan di Unviersiti Malaysia Sabah (UMS) bakal mendapat pengiktirafan pensijilan bagi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP), pada tahun ini.

Jabatan itu ialah Jabatan Canselori, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pusat Pengurusan Eco Campus, Pusat Islam UMS, Bahagian Audit Dalam dan Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS.

Perkara itu diumumkan oleh Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr.Mohd Harun Abdullah bahawa, sebagai permulaan UMS memilih enam jabatan tersebut dan akan memperluaskannya secara menyeluruh ke semua fakulti, institut dan jabatan di universiti ini secara berperingkat-peringkat.

“UMS mempunyai 10 buah fakulti, tiga institut dan 42 buah jabatan pada masa ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas seminar SPKKP UMS, di Bangunan Canselori UMS, di sini hari ini.

Sementara itu Pengarah Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS Prof. Madya Dr. Shamsul Bahari Shamsudin berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperolehi pensijilan enam jabatan itu pada Mei atau Jun ini.

“Sekarang ini kita dalam proses mendapatkan pengiktirafan pensijilan untuk enam jabatan di pusat pentadbiran, kemudiannya akan perluaskan ke bahagian lain termasuk fakulti, penyelidikan dan keseluruhan UMS.

“Kalau tiada halangan, kita mengadakan audit peringkat kedua pada akhir bulan Mac ini. Tempoh untuk mendapat pensijilan bergantung kepada tindakan cepat sesebuah organisasi untuk memberikan respond dengan semua prosedur yang ditetapkan. Oleh itu komitmen daripada majikan amat penting dalam usaha untuk mendapatkan pensijilan ini,” ujarnya.

Shamsul berkata, pemilihan enam jabatan itu sebagai permulaan melaksanakan SPKKP kerana pengurusan tertinggi universiti percaya ia harus menjadi contoh terbaik kepada jabatan-jabatan lain untuk melaksanakannya.

Pengarah Eksekutif Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Ir. Rosli Hussin berkata, pihaknya memuji usaha pentadbir UMS dalam melaksanakan persiapan ke arah pengiktirafan pensijilan SPKKP.

“Pencapaian sesebuah organisasi sangat berhubungkait dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang baik,” katanya sambil menambah SPKKP adalah satu pengaturan dan pendekatan sistematik dalam pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan