Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

6 ditembak esok

POLIS Indonesia mengadakan kawalan ketat di penjara Nusa Kambangan di Cilacap, Jawa Tengah, semalam, menjelang pelaksanaan hukuman mati terhadap lima tahanan di penjara itu, esok.
POLIS Indonesia mengadakan kawalan ketat di penjara Nusa Kambangan di Cilacap, Jawa Tengah, semalam, menjelang pelaksanaan hukuman mati terhadap lima tahanan di penjara itu, esok.

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia akan melaksanakan hukuman mati terhadap enam banduan yang didapati bersalah atas tuduhan berkait dengan dadah esok.

Mereka termasuk lima warga asing, menurut pengumuman pejabat peguam negara di sini, semalam.

Ini kali pertama hukuman mati dilaksanakan sejak Joko Widodo (Jokowi) menjadi presiden Oktober lalu.

Beliau meluluskan pelaksanaan hukuman itu bulan lalu dan berikrar tidak akan mengampunkan pesalah dadah walaupun Kesatuan Eropah (EU), kerajaan Brazil dan Amnesty International merayu.

Lima warga asing itu ialah dari Nigeria, Malawi, Vietnam, Belanda dan Brazil.

Sementara itu, Peguam Negara M Prasetyo berkata, lima orang akan menjalani hukuman itu di Nusa Kambangan dan seorang di Botolalu, Cilacap, Jawa Tengah.

Menurutnya, penjara kawalan maksimum Nusa Kambangan dipilih atas alasan keselamatan.

Dia juga berkata, wakil dari kedutaan negara terbabit sudah datang ke penjara itu untuk melawat warga masing-masing.

Terdapat 136 banduan dalam senarai hukuman mati di Indonesia, 64 daripadanya kerana menyeludup dadah, dua kerana keganasan dan yang lain kerana membunuh atau rompakan bersenjata.

Hukuman mati di Indonesia dilaksanakan oleh skuad penembak.

Keenam-enam tahanan yang akan jalani hukuman mati esok ialah, Namaona Denis, warga Malawi, rakyat Brazil, Marco Archer Cardoso Moreira, 53, Daniel Enemuo alias Diarrassouba Mamadou, 38, dari Nigeria, Ang Kiem Soei alias Kim Ho alias Ance Tahir alias Tommi Wijaya, 52, kerakyatan tidak jelas, Tran Thi Bich Hanh, 37, rakyat Vietnam dan warga tempatan Rani Andriani alias Melisa Aprilia.

Komen


Berita Berkaitan