Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

6 Cara Bagaimana Untuk Kita Sedar Kelemahan Diri

2:48pm 16/05/2016 Zakir Sayang Sabah 153 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Kita sudah maklum bahawa diri kita sebagai manusia tidak terlepas daripada kekurangan pada diri kita. Tetapi kadangkala kita tidak sedar mana satu kelemahan pada diri kita dan akhirnya kita tidak mengubahnya kearah yang lebih baik.

Ada beberapa cara bagaimana untuk kita sedar kelemahan diri kita dan seterusnya memperbaikinya.

#1 Minta Tolong Kawan Baik Anda

Anda perlu bijak memilih teman dalam hidup. Teman yang baik adalah mereka yang sentiasa mahukan yang terbaik buat diri kita. Jadi mintalah pada mereka untuk menyenaraikan setiap kelemahan anda untuk diperbaiki.

Jangan pula anda sedih dengan teguran mereka yang kadangkala mungkin menghiris hati anda. Ingatlah setiap kebaikan yang mereka ingatkan membawa kita lebih hampir kepada syurga.

#2 Perhatikan Apa Orang Sekeliling Kata Tentang Diri Kita

Contohnya anda hidup berjiran, sentiasa peka apa yang mereka kata tentang diri kita. Kalau apa yang mereka itu benar ada pada diri kita baikilah kalau apa yang mereka kata itu tidak benar biarkan sahaja, itu antara mereka dengan Allah.

#3 Perhatikan Juga Musuh Anda Katakan Apa

Seorang musuh sentiasa mencari kelemahan pada diri kita untuk menjatuhkan kita. Maka anda perlu ambil positif dengan apa yang musuh anda katakan dan improve pada bahagian tersebut kelak kita tidak mudah digoyahkan.

#4 Sentiasa Fikir Adakah Orang Suka Dengan Akhlak Kita

Cuba bayangkan suka tak kalau orang ambil barang kita tanpa izin? Kalau kita tak suka maka orang lain pun tak suka. Jadi bila kita fikir macam itu kita boleh tinggalkan apa yang menyebabkan orang tak suka pada kita dan kita buat apa yang orang suka.

#5 Apa Kesan Kelemahan Tersebut Pada Diri Kita

Kita kena tengok macam mana satu-satu kelemahan itu akan berikan kesan pada diri kita. Contohnya kita malas, makanya orang pun tak suka kawan dengan kita sebab tak ada manfaat.

Kita kena lihat bagaimana kelemahan tersebut akan berikan kesan pada orang sekeliling kita juga. Mak ayah mana yang tak sakit jiwa kalau tengok kita seorang yang pemalas. Hehe.

#6 Muhasabah Diri

Ambil masa 10 minit sebelum tidur untuk kita renungkan apa yang kita telah lakukan seharian. Adakah kita puas hati dengan tingkah laku kita pada hari tersebut? Kalau rasa tidak puas catitkan pada kertas bagaimana kita mahu baiki kelemehan tersebut ada keesokan hari.

Sekian itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsikan. Ingatlah seorang mukmin itu mereka yang tidak sama seperti semalamnya, dalam erti kata lain mukmin itu mereka yang semakin baik diri mereka pada hari yang seterusnya.

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan