Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

59,700 orang graduan lulusan ijazah masih menganggur di Malaysia

11:33pm 15/02/2016 Leolerry Lajius 462 views Pendidikan,Tempatan

IMG-20160215-WA0000

KOTA KINABALU: Seramai 59,700 orang penganggur di Malaysia yang terdiri daripada graduan lulusan ijazah.

Menurut Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusoff, data tersebut adalah merujuk kepada Kajian Tenaga Buruh 2015 yang telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Hal ini mungkin terjadi berikutan berkurangnya peluang pekerjaan yang ditawarkan industri, berlaku ‘mismatch’ antara graduan dan jenis pekerjaan yang ada ataupun kurangnya ‘soft-skills’ pada graduan kita menyebabkan mereka ini sukar mendapat tempat dalam pasaran kerja semasa,” katanya ketika berucap sempena Temu Duga Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) peringkat negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pagi tadi.

Dr. Rahamat turut menyatakan bahawa  program SL1M iaitu program intervensi kerajaan di bawah Unit Perancang Ekonomi telah memberikan manfaat kepada lebih 71,000 orang graduan semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2011.

“Pada hari ini, saya diberitahu bahawa lebih 3,000 peluang pekerjaan telah ditawarkan oleh lebih 40 buah syarikat yang terlibat dalam program temu duga terbuka hari ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Dr. Rahamat (kiri) bersama Musa dan graduan yang hadir pada program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Dr. Rahamat (kiri) bersama Musa dan graduan yang hadir pada program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan