Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

58 PATI DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU DI PINGGIRAN BANDAR LAHAD DATU

Foto by :  Esscom Times
Foto by : Esscom Times

LAHAD DATU, 8 Jan : Sebanyak 58 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di perkampungan setinggan Lobang Biawak di pinggiran bandar Lahad Datu hari ini.

Operasi itu diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Bahagian Penguat kuasa Pejabat Daerah Lahad Datu.

Komander ESSCom DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata pendatang asing terdiri daripada 42 lelaki dan 16 wanita itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya 196 orang diperiksa dalam operasi bermula 5 pagi itu yang disertai pelbagai agensi negeri dan Persekutuan.

“Kesemua pendatang tanpa izin itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk urusan pengusiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut memantau operasi bersepadu itu ialah Pengarah Awam ESSCom Ruji Ubi, Timbalan Komander ESSCom Brig Jen Subari Tomo dan Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali.

Abdul Rashid berkata ini merupakan sebahagian daripada langkah drastik kerajaan untuk membersihkan Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne) daripada pendatang tanpa izin.

Operasi membanteras secara besar-besaran itu dilancarkan susulan Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri baru-baru ini yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.– BERNAMA

 

Foto by :  Esscom Times
Foto by : Esscom Times
Foto by :  Esscom Times
Foto by : Esscom Times

Komen


Berita Berkaitan