Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

578 Pati Ditahan Di Cameron Highlands

pati

IPOH – Sebanyak 578 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Bersepadu Khas yang bermula 22 Nov sehingga Rabu lepas di Cameron Highlands.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 157 warga Indonesia, Bangladesh (177), Myanmar (97), Nepal (103), India (20), Kemboja (enam), Pakistan (enam), Sri Lanka (lima), Vietnam (tiga), Filipina (tiga) dan Thailand (seorang).

“Ada sesetengah mereka ditahan dalam sekatan jalan raya dan ada yang ditahan di dalam hutan yang mana kita percaya mereka menjadikan kawasan hutan sebagai tempat tinggal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Operasi bersepadu yang dijalankan setiap hari di beberapa buah pekan di kawasan tanah tinggi ini melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata pihaknya turut mengadakan sekatan jalan raya di empat laluan masuk ke Cameron Highlands yang beroperasi selama 24 jam.

“Dengan bantuan PGA (Polis Gerakan Am) dan ATM, kami melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan hutan yang telah dikenal pasti tempat persembunyian PATI,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan