Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,423

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

57 orang rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak masih berada di Syria

7:06pm 17/04/2017 Leolerry Lajius 110 views Berita Pilihan,Jenayah,Tempatan

Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Seri Panglima Khalid Abu Bakar .-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seramai 57 orang rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak disahkan masih berada di Syria.

Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Seri Panglima Khalid Abu Bakar berkata, terdapat juga sebilangan mereka yang merancang untuk kembali ke negara ini kerana ada sebilangannya  yang datang bersama ahli keluarga termasuk anak-anak.

“Terdapat sebilangan mereka yang ingin kembali ke Malaysia kerana selepas kematian suami si isteri dipaksa untuk berkahwin dengan anggota Daesh yang lain dan  anak mereka dibiarkan untuk dijaga oleh orang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian sempena Syarahan Perdana [email protected] bersama Ketua Polis Negara di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di, sini, hari ini.

Beliau turut menyeru mahasiswa agar tidak mudah terpengaruh dengan pengikut Deash yang menggunakan media sosial untuk merekrut ahli terutama sekali dalam kalangan golongan muda dan pelajar serta turut menyatakan bahawa negeri ini menjadi transit oleh kumpulan berkenaan untuk melakukan aktiviti mereka.

Sementara itu ketika ditemui media selepas majlis berkenaan beliau menyatakan bahawa pihak beliau telah memohon kepada pihak Jabatan Agama Islam agar mengharamkan kumpulan Milah Abraham yang sedang aktif di negeri ini.

“Sabah belum mengharamkan kumpulan ini tetapi kita akan mengesyorkan agar kumpulan ini diharamkan kerana kumpulan ini  jelas menyimpang dari ajaran agama islam dan kita tidak mahu rakyat negeri ini terpengaruh dengan kumpulan berkenaan,”katanya.

Menurut beliau setakat ini belum ada tangkapan yang dibuat berhubung kumpulan berkenaan dan jumlah ahli juga belum dapat dikenalpasti namun pemantauan berterusan akan dilaksanakan ke atas kumpulan ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Seri Panglima Khalid Abu Bakar (tengah) mengambil gambar bersama tetamu kehormat dan antara pelajar yang hadir dalam program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Apa Komen dan Pendapat Anda