Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

565 Pelajar Antarabangsa Salah Guna Pas Pelajar

student

KUALA LUMPUR: Sebanyak 565 pelajar antarabangsa didapati melanggar peraturan dan menyalahgunakan pas pelajar setakat ini, persidangan Dewan Negara diberitahu.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata daripada jumlah itu, pelajar dari Nigeria merekod jumlah tertinggi iaitu 159 orang melibatkan 141 lelaki dan 18 perempuan.

“Ini diikuti pelajar dari China seramai 115 orang (74 lelaki dan 41 perempuan), Indonesia 29 orang (9 lelaki, 20 perempuan), Iran 17 orang (10 lelaki, 7 perempuan), Bangladesh dan India masing-masing 14 orang (9 lelaki, 5 perempuan) dan Vietnam 13 orang (12 lelaki, 1 perempuan) dan lain-lain negara (204),” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Adam Abdul Hamid yang ingin tahu jumlah pelajar antarabangsa yang melanggar peraturan dan menyalahgunakan pas pelajar mereka.

Yap berkata Kementerian Pendidikan memandang serius isu penyalahgunaan pas pelajar oleh pelajar asing dan sentiasa menjalankan pemantauan berterusan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.

 

“Selain itu PDRM dan Imigresen boleh mengambil tindakan secara terus kepada institusi pengajian tinggi (IPT) sekiranya didapati cuai dalam proses mengurus dan memantau pelajar antarabangsa yang berdaftar di IPT tersebut,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan