Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

56 maut sehari

10:39am 06/12/2015 Pak Roshan 258 views Global
SEORANG lelaki membersihkan lantai rumah mayat yang dipenuhi darah.

SEORANG lelaki membersihkan lantai rumah mayat yang dipenuhi darah.

Beirut: Serangan besar-besaan yang dilancarkan kerajaan di bandar yang dikuasai kumpulan penentang di seluruh Syria menyebabkan sekurang-kurangnya 56 orang awam terbunuh, lebih suku daripada mereka kanak-kanak.

Serangan paling buruk berlaku di Ghouta Timur, kubu kuat kumpulan penentang di timur Damsyik yang menyaksikan sekurang-kurangnya 41 orang mati.

“Pesawat tentera Syria menyasarkan bandar Jisreen dan Kfar Batna di wilayah Ghouta Timur, menyebabjkan 41 terbunuh, enam daripadanya kanak-kanak,” lapor kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria.

Puluhan lagi penduduk cedera.

Bagaimanapun, Pakatan Kebangsaan, kumpulan penentang utama rejim Syria berkata, serangan itu dilakukan pesawat pengebom Russia.

Tentera Syria sering menyerang Ghouta Timur, kawasan padat penduduk di pinggir Damsyik yang sebahagian besarnya dikuasai kumpulan Jaish al-Islam.

Dalam video yang dimuat naik ke Internet oleh kumpulan aktivis di Jisreen, kelihatan seorang lelaki berpakaian robak-rabik meraung sambil menjerit yang bermakna: “Nyawa rakyat Syria untuk dijual.”

Selain Russia dan rejim Presiden Bashar al-Assad, Syria juga menjadi sasaran serangan udara Perancis, Amerika Syarikat dan yang terbaru, Britain.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 14 militan IS terbunuh dalam serangan udara di Hasakeh.

Serangan itu dipercayai dilakukan pesawat Amerika Syarikat yang menyasarkan sebuah sekolah tempat IS jadikan pangkalan mereka.

Konflik Syria yang meletus sejak Mac 2011 meragut lebih 250,000 nyawa dan memaksa lebih empat juta penduduk negara itu melarikan diri, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan