Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

55 pemandu disaman, 18 motorsikal disita

ANTARA motorsikal yang disita dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Kota Kinabalu semalam.
ANTARA motorsikal yang disita dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU – Seramai 55 orang pemandu dikenakan saman atas pelbagai kesalahan lalulintas dalam satu sekatan jalanraya di Jalan Lintas Hiltop di sini awal pagi Ahad.

Daripada jumlah itu, tujuh pemandu dikenakan saman Pol 257, manakala 48 pemandu lain diberikan saman Pol 170A.

Sekatan jalanraya itu turut menyaksikan tiga pemandu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik untuk siasatan lanjut, selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Hasil pemeriksaan lanjut, dua pemandu ditangkap mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas ujian mendapati suspek memandu di bawah alkohol yang melebihi had dibenarkan,” menurut kenyataan Balai Polis Trafik di sini hari ini.

Sekatan jalanraya bermula jam 4.00 hingga 5.00 pagi itu disertai oleh 19 anggota Polis Trafik termasuk tiga pegawai dari cawangan Balai Polis Trafik Kota Kinabalu.

Sementara itu, operasi samseng jalanan yang diadakan di sekitar bandaraya ini menyaksikan 18 buah motorsikal disita atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua lelaki tempatan berumur 23 dan 28 tahun turut ditangkap dalam operasi itu dan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara merbahaya.

Operasi samseng jalanan itu diadakan bermula jam 11.30 malam Sabtu hingga 6.00 pagi Ahad.

“Aktiviti samseng jalanan di sekitar daerah Kota Kinabalu semakin menurun dan terkawal berikutan program Aggresive Policing yang giat diadakan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan