Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

551 orang terima anugerah kecemerlangan UMS

9:26pm 05/05/2016 Leolerry Lajius 55 views Tempatan
Bahagian Perkhidmatan Akademik muncul johan bagi Anugerah Pengurusan Organisasi sempena majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti.

Bahagian Perkhidmatan Akademik muncul johan bagi Anugerah Pengurusan Organisasi sempena majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti.

KOTA KINABALU: Seramai 551 orang menerima anugerah sempena majlis anugerah kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2015 yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, di sini, hari ini.

Menurut Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah ,sebanyak lapan kategori anugerah inovasi yang dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi pada kali ini.

“Diharapkan, sumber manusia UMS yang menjadi tonggak segala keoperasian universiti ini secara langsung dan tidak langsung dapat memenuhi capaian KPI Kementerian Pendidikan Tinggi serta Key Results Area (KRA) dalam pelan strategik UMS.”

“Sumber manusia yang berkualiti, akan menghasilkan output yang berkualiti dan seterusnya meraih banyak pencapaian, pengiktirafan dan anugerah untuk kecemerlangan universiti,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan.

Harun juga turut mengetengahkan tiga kata kunci yang sentiasa dipegang oleh beliau dalam melaksanakan segala perancangan dan tadbir urus ke arah kecemerlangan UMS.

“Semoga dengan tiga kata kunci ini iaitu inovatif, relevan dan lestari di samping motto UMS bertekad cemerlang kita akan terus memacu kecemerlangan UMS.”

“Untuk kita melahirkan lebih banyak insan-insan yang cemerlang, pemerkasaan sumber manusia harus ditingkatkan melalui latihan yang berterusan dan sesuai agar kemahiran dan bakat dapat dikembangkan,”katanya.- Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan