Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

55 murid sekolah SK Panagatan terima beg sekolah

8:16pm 24/01/2016 Ann Vivien 21 views Isu Semasa,Tempatan
Arthur menyampaikan beg kepada salah seorang murid.

Arthur menyampaikan beg kepada salah seorang murid.

KENINGAU: Seramai 55 orang murid Sekolah Kebangsaan Panagatan  terpilih menerima sumbangan beg sekolah bagi  keperluan peribadi persekolahan yang baru dibuka beberapa minggu lalu.

Sumbangan berupa beg sekolah itu disampaikan oleh Naib Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia Arthur Joseph Kurup dalam majlis penyampaian sumbangan  bahan binaan  surau dan beg sekolah di Dewan serbaguna sekolah terbabit.

Terdahulu berucap dimajlis itu, Arthur yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu rakyat Sabah (PBRS) berkata sumbangan adalah bagi membantu murid kurang berkemampuan untuk melengkapkan kemudahan peribadi murid, terutama beg persekolahan agar murid terus bernotivasi dan selesa untuk hadir ke sekolah.

Katanya kelengkapan pelajar amat penting dalam memastikan murid-murid belajar dengan baik, selain memiliki kemudahan lain buku teks serta alat tulis yang menjadi bahan penting untukmengikuti pembelajaran di sekolah dan juga di rumah.

Pada masa sama, Arthur menggesa ibubapa serta sekolah agar terus menjalinkan kerjasama baik dalam membentuk masa depan generasi pelajar, agar menjadi insan  dan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan mendapat peluang pekerjaan serta kemahiran untuk masa depan yang lebih terjamin.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan