Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

54 Pati Warga Filipina Ditahan Dalam Ops Nyah Bersepadu

8:57pm 27/11/2015 Pak Roshan 257 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Polis menahan 54 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dalam operasi Nyah Bersepadu di sekitar Kota Kinabalu, awal pagi Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu DSP Yong Thein Foh berkata operasi yang bermula pukul 2 pagi itu dijalankan di tiga kawasan setinggan membabitkan Kampung Cempaka, Kampung Menggorok dan Bentayan Tayap, Luyang.

Menurutnya, PATI berkenaan ditahan susulan pemeriksaan polis ke atas 127 individu termasuk lapan warganegara Indonesia dan seorang rakyat tempatan.

“Sepanjang operasi itu, tujuh lelaki didapati positif ujian air kencing daripada 26 individu yang diperiksa termasuk seorang wanita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yong berkata operasi yang dijalankan selama lima jam itu diketuai tiga pegawai bersama 140 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Imigresen.

Katanya, semua tahanan dibawa ke Lokap Berpusat untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan