Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

54 Orang calon menjalani ujian penarafan Pengakap Raja Negeri Sabah 2016

7:40pm 17/03/2016 Leolerry Lajius 228 views Tempatan
Gambar kenangan bersama pelatih dan peserta yang menyertai Kem tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Gambar kenangan bersama pelatih dan peserta yang menyertai Kem tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seramai 54 orang ahli pengakap dari enam bahagian di negeri ini menyertai kem ujian penarafan Pengakap Raja negeri Sabah yang diadakan sejak 14 Mac yang lalu.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Mejar (B) Hj. Baharudin Ujang, program ini merupakan usaha berterusan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) untuk melahirkan golongan belia yang berketerampilan melalui antiviti pengakap.

“Program ini dibuat setiap tahun tetapi ia bergantung kepada peserta sendiri dan seramai 32 orang jurulatih yang terlibat dalam penarafan pada tahun ini yang juga menyaksikan penyertaan peserta yang paling ramai.”

“Sepanjang mereka berada di sini mereka telah menjalani 13 penilaian bagi membolehkan mereka layak memiliki sijil yang ditandangani oleh kesemua Raja-raya Melayu dan juga Tuang Yang Terutama (TYT) di negeri-negeri tidak beraja,”katanya ketika ditemui media sempena majlis penutupan program tersebut di Rumah Pengakap, di sini, hari ini.

Baharuddin yang juga Ketua Pentaraf turut menyatakan bahawa peserta yang mengikuti ujian ini telah mengikuti Pra-ujian di bahagian masing-masing sebelum dipilih untuk mengikuti ujian di peringkat negeri.

Antara ujian yang telah dinilai dalam program tersebut adalah simpulan dan ikatan, pertolongan cemas, berenang dan juga kawad.

Syarat untuk mengikuti ujian ini adalah calon hendaklah terdiri daripada Pengakap Remaja yang berusia tidak lebih 18 tahun semasa ujian sikap atau pra ujian penarafan Pengakap Raja dijalankan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Paling kiri penolong pesuruhjaya pengakap negeri. Dua dari kiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Mejar (B) Hj. Baharudin Ujang menyerahkan bendera negeri kepada ketua kontinjen ke 4th Brunei Darussalam Cubboree Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kanak-kanak), Chin Su Ken.-Gambar Oleh Alex Mairin

Paling kiri penolong pesuruhjaya pengakap negeri Kaplin Lahut. Dua dari kiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Mejar (B) Hj. Baharudin Ujang menyerahkan bendera negeri kepada Ketua Kontinjen ke 4th Brunei Darussalam Cubboree Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kanak-kanak), Chin Su Ken sambil diperhatikan oleh pentaraf Muhd Firdaus Joseph Abdullah (tiga dari kiri) dan Lasalam Lai (empat dari kiri).-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan