Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

54 militan terbunuh

TENTERA Filipina menembak mortar menyasarkan tempat persembunyian anggota kumpulan Maute di bandar Butig di wilayah Lanao del Sur di selatan negara itu.
TENTERA Filipina menembak mortar menyasarkan tempat persembunyian anggota kumpulan Maute di bandar Butig di wilayah Lanao del Sur di selatan negara itu.

Manila: Lima puluh empat anggota satu kumpulan militan yang kurang dikenali terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina sejak Khamis lalu.

Jurucakap tentera wilayah selatan negara itu, Mejar Filemon Tan berkata, dua askar juga terkorban dalam operasi menentang kumpulan Maute itu di bandar Butig di wilayah Lanao del Sur.

Menurutnya, pertempuran itu masih berlarutan sehingga semalam.

Tentera Filipina melancarkan serangan meriam dan udara untuk ‘menghapuskan’ penjenayah yang bertanggungjawab memenggal dua pekerja sebuah kilang papan bulan lalu, kata Tan.

Bagaimanapun, menurutnya, tentera masih belum dapat membawa keluar mayat militan berkenaan.

“Berdasarkan kepada pengiraan laporan perisikan dan penemuan mayat oleh kumpulan militan lain, kami yakin 54 anggota kumpulan Maute itu mati.

Kumpulan itu menyerang sebuah pos tentera di Butig Februari lalu yang menyebabkan 24 anggotanya dan enam askar mati.

Pihak berkuasa berkata, kumpulan itu menggunakan pakaian hitam, sama dengan simbol Daish di Syria dan Iraq.

Kumpulan Maute itu dipercayai mempunyai hubungan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang berpusat di Indonesia. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan