Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

530,000 HEKTAR KAWASAN HIJAU DI SABAH

pic-24

SANDAKAN: Sabah memiliki 530,000 kawasan hijau yang menjadikan negeri ini sebagai negeri yang mempunyai kawasan hutan terbesar di Malaysia.

Pengarah Jabatan Perhutan Sabah Datuk Sam Mannan berkata keluasan hutan di Sabah itu meliputi hutan terawat, hutan yang dipulihara dan kawasan peladangan.

Beliau berkata jabatan perhutan akan terus mengambil inisiatif termasuklah agro perhutanan di kawasan terhad, generasi tenaga hijau, tanaman misaic, mengeluarkan lesen jangka panjang untuk eko pelancongan dan juga penubuhan unit pengurusan hutan.

Mannan berkata demikian pada Majlis Jamuan Malam Inovasi Jabatan Perhutan Sabah di sini pada Rabu. Majlis tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

Katanya lagi kemajuan besar dalam kestabilan dan usaha meningkatkan kekayaan hutan di Sabah sejak kebelakangan ini adalah hasil nasihat dan kepimpinan Musa disamping kerjasama erat kedua-dua sektor swasta dan kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Seramai 21 syarikat menerima sijil Pengurusan Hutan Mampan dan 75 petugas jabatan menerina anugerah perkhidmatan cemerlang pada majlis itu.

Komen


Berita Berkaitan