Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

53 warga tua terharu terima bantuan kaca mata

TERIMA KASIH....seorang penerima sedang dipakaikan kaca mata oleh Harun (kanan) sambil disaksikan oleh Joniston (dua kanan).
TERIMA KASIH….seorang penerima sedang dipakaikan kaca mata oleh Harun (kanan) sambil disaksikan oleh Joniston (dua kanan).

KIULU: Hanya penghargaan dan rasa syukur mampu diungkapkan oleh seramai 53 warga emas di sini apabila menerima bantuan kaca mata percuma daripada kerajaan, hari ini.

Terminah Damit, 50 tahun, dari Kampung Ranau-Ranau berkata, sumbangan itu amat besar ertinya kepada beliau apatah lagi mata beliau kini sudah bermasalah dan tidak lagi dapat melihat secara jelas seperti dahulu, dengan kata lain, masalah rabun sememangnya sukar dielak dalam usia yang semakin meningkat, selain kemampuannya yang membataskan keinginan untuk memiliki kaca mata sendiri.

“Sebagai seorang petani, sememangnya belanja untuk membuat kaca mata yang mana boleh mencecah sehingga RM300 ini agak membebankan,’ katanya.

Noumie Kuntagil, 58 tahun, berkata, beliau bukan sahaja berpeluang mendapat kaca mata percuma malah turut mendapat rawatan mata secara percuma dari Hospital Tuaran.

“Pada mulanya saya langsung tidak mengetahui sejauh mana kerosakan mata atau tahap rabun saya sehinggalah saya membuat pemeriksaan mata di Hospital Tuaran melalui program sumbangan kaca mata ini, terima kasih kepada penyumbang dan kerajaan,” katanya.

Sumbangan tersebut dibiayai oleh Kelab Sukan dan Rekreasi, Sabah Energy Corporation (SEC) dengan kerjasama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu dan Hospital Tuaran di mana majlis penyampaiannya telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi SEC, Dato’ Harun Ismail dalam satu majlis ringkas di pekan Kiulu, sini hari ini.

Harun berharap pada masa-masa akan datang, SEC akan dapat menyumbangkan sesuatu lagi kepada masyarakat Kiulu melalui program-program mereka yang lain kelak.

“Sungguh pun sumbangan kaca mata ini tidaklah seberapa, tetapi kami berharap ini akan menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama kami bersama masyarakat di Kiulu dalam usaha untuk menyumbang lagi pada masa akan datang,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Adun Kiulu, yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

Dalam ucapannya, Joniston menghargai usaha SEC kerana telah memilih Kiulu sebagai lokasi Tanggungjawab Sosial Koroporat (CSR) dan berharap lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan mencontohi usaha sedemikian.

“Usaha sebegini menunjukan bahawa semua pihak ingin bersama-sama kami dalam memberikan sumbangan kepada penduduk Kiulu yang masih kekal menyokong kerajaan,” katanya.

DUA penerima ini sedang mencuba kaca mata yang disumbangkan SEC sambil membaca tulisan kecil pada secebis kertas.
DUA penerima ini sedang mencuba kaca mata yang disumbangkan SEC sambil membaca tulisan kecil pada secebis kertas.

Komen


Berita Berkaitan