Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

51 Sekolah Daif Di Sabah Mula Dibaik Pulih

8:51am 25/11/2016 Pak Roshan 414 views Berita Pilihan,Tawau,Tempatan

sekolah

KOTA KINABALU : Kerja-kerja membaik pulih 51 buah sekolah daif di Sabah yang bermula pada 8 dan 21 Nov lepas perlu disiapkan sebelum sesi persekolahan bermula pada awal Januari 2017.

Pegawai Kemajuan Negeri Sabah Datuk Ruji Ubi berkata kerja-kerja membaik pulih itu membabitkan pembaikan bangunan bilik darjah, bilik dan rumah guru serta asrama pelajar.

Ruji dalam satu kenyataan berkata kerja-kerja membaik pulih sekolah terbabit dilaksanakan secara bersama oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah.

Beliau sebelum itu memantau pelaksanaan projek baik pulih di Sekolah Kebangsaan (SK) Kalabakan dan SK Kinabutan di Tawau hari ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan