Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

51 lagi terbunuh di Nigeria

SEORANG mangsa serangan bom di Jos dirawat di hospital di bandar itu, semalam.
SEORANG mangsa serangan bom di Jos dirawat di hospital di bandar itu, semalam.

Jos (Nigeria): Dua bom yang didakwa diletupkan kumpulan Boko Haram di sebuah masjid dan sebuah restoran di sini menyebabkan 51 orang terbunuh.

Serangan lewat kelmarin dilakukan beberapa jam selepas seorang pengebom berani mati wanita meletupkan dirinya di sebuah gereja di Potiskum, timur laut Nigeria, menyebabkan enam orang mati.

Dalam kejadian lain, kumpulan pelampau kembali ke kampung di timur laut negara itu yang mereka serang tiga hari lalu, membunuh sembilan penduduk, membakar 32 gereja dan kira-kira 300 rumah, kata pengerusi kumpulan pertahanan diri di Askira-Uba di negeri Borno.

Menurutnya, tiga militan terbunuh dalam serangan berkenaan.

Serangan Ahad lalu adalah yang terbaru dalam beberapa siri serangan yang didakwa dilakukan Boko Haram sepanjang minggu lalu sehingga menyebabkan 300 orang mati.

Lebih 140 orang, kebanyakannya lelaki dan kanak-kanak terbunuh apabila kumpulan itu menyerang sebuah masjid di Kukawa, timur laut Nigeria.

Serangan itu dikatakan berpunca daripada arahan kumpulan Negara Islam (IS) yang mengarah meningkatkan kekacauan sepanjang Ramadan.

Boko Haram melafazkan ikrar bersekutu dengan IS Januari lalu.

Di Jos, 51 orang yang terbunuh dikebumikan semalam, kata peguam masyarakat Islam kawasan itu Ahmed Garba.

Menurutnya, 67 penduduk cedera dalam serangan itu.

Polis mengesahkan kejadian itu tetapi berkata, jumlah kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa yang tertimbus di celah runtuhan masih dijalankan.-AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan