Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

509 Penduduk DUN Kuamut Terima Geran Tanah

 

KINABATANGAN, 18 Mei : Seramai 509 penduduk dari 17 kampung dalam Dewan Undangan Negeri Kuamut menerima geran tanah individu membabitkan keluasan 1,708.5 hektar.

Geran tersebut disampaikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika merasmikan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tongod, hari ini.

Berucap pada majlis itu, Musa mengingatkan penerima geran agar tidak menjual tanah sebaliknya mengusahakannya untuk diwariskan kepada anak dan cucu mereka.

Beliau berkata, kerajaan meluluskan permohonan geran tanah ini agar penduduk di kampung itu dapat bercucuk tanam dan mewariskannya kepada anak dan cucu mereka.

“Tanah yang diluluskan ini perlu diusahakan untuk meningkatkan sumber ekonomi. Mereka boleh usahakannya secara bersendirian atau menjalinkan kerjasama dengan agensi persekutuan atau negeri,” katanya.

Selain itu, seramai 191 penduduk dari Kampung Entilibon dan Mangkawagu juga menerima geran komunal membabitkan keluasan 875.7 hektar .

Pada majlis sama, Musa turut merasmikan Dewan Serbaguna Kampung Simpang Entilibon yang siap dibina dengan kos RM1 juta.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan