Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

5,000 warga KK meriahkan Konsert Pesona RTM

As’ad Motawh ketika beraksi di atas pentas.

Kota Kinabalu : Kira-kira 5,000 warga Bandaraya Kota Kinabalu hadir menyaksikan Konsert Pesona sempena Karnival [email protected] di Padang Merdeka, pada Sabtu malam.

Antara artis tanah air yang beraksi pada konsert tersebut adalah Azharina Azhar, Rosario, Datuk Hattan, Adira, Bunkface, Zizi Kirana dan As’ad Motawh.

Konsert selama dua jam yang dihoskan oleh Fariz Aziz dan Jovinea Jin Lajim itu turut disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak dan isteri, Datuk Seri Panglima Raya Erom.
Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Yeo Boon Hai, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abu Bakar Abdul Rahim dan Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman./Penerangan-
Ibrahim (kiri) menyatakan sesuatu kepada Yeo ketika menyaksikan Konsert Pesona yang turut dihadiri Salleh (tengah).

Komen


Berita Berkaitan