Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5,000 Rumah Prima Dan Cawangan UPSI Dibina Di Teluk Intan – Najib

8:19pm 14/06/2014 Pak Roshan 31 views Nasional

pr1ma

TELUK INTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan.

“BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa BN menetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.

Bagi projek PR1MA, Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu. Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan