Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

5,000 Rakyat Malaysia Bersama Jutaan Umat Islam Berpuasa Di Tanah Suci

jemaah

MADINAH: Kira-kira 5,000 rakyat Malaysia akan menyertai jutaan umat Islam lain menunaikan ibadah puasa di Makkah dan Madinah sepanjang Ramadan ini.

Menurut sumber Tabung Haji, mereka akan berada di Makkah bagi menunaikan ibadat umrah dan berpuasa sepanjang bulan mulia itu.

Kerajaan Arab Saudi Jumaat mengumumkan Ramadan bermula Ahad ini (29 Jun), sama seperti tarikh awal Ramadan di Malaysia.

Umat Islam di tanah suci juga mula menunaikan solat sunat Tarawih Sabtu malam.

Di Makkah dan Madinah, umat Islam akan berpuasa seawal 4 pagi hingga 7 petang, dengan suhu dianggarkan antara 40 darjah celcius hingga 48 darjah celcius.

Komen


Berita Berkaitan