Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5000 Pengunjung Meriahkan Semarak K1M Tawau

12:38pm 28/04/2016 Leolerry Lajius 54 views Tempatan
Suasana sambutan di majlis penutupan program Semarak Komuniti 1Malaysia Daerah Tawau di Kampung Merotai, Kalabakan.

Suasana sambutan di majlis penutupan program Semarak Komuniti 1Malaysia Daerah Tawau di Kampung Merotai, Kalabakan.

TAWAU – Masyarakat sekitar Kampung Merotai, Kalabakan, bukti bahawa rakyat bersatu dan harmoni apabila dianggarkan seramai 5000 orang datang memeriahkan program Semarak Rakyat 1Malaysia Daerah Tawau di Merotai, Kalabakan semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Sebatik, Datuk Haji Muis Picho mengajak seluruh masyarakat agar sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan berkerjasama tanpa mengira kaum agar keamanan dan kemakmuran terus subur di daerah Tawau khususnya dan Negara umumnya.

Katanya, keharmonian yang lahir perlu dipertahankan dengan mengelak dan menolak fitnah yang boleh menghancurkan nilai-nilai murni dalam hidup bermasyarakat.

“Setiap masyarakat perlu bijak menilai sesuatu perkara dan jangan terlalu percaya dengan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memecahbelah pemikiran rakyat hari ini,” Ujarnya lagi ketika merasmikan penutupan program tersebut.

Semarak K1M merupakan program tahunan dalam Permuafakatan K1M (JaPen) yang dilaksanakan selama dua hari bermula pada 25 april serta padat dengan pelbagai pengisian dilakukan.

Terdahulu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Merangkap DUN Tanjong Batu, Datuk Hajah Hamisah Samat turut sempat meluangkan masa bersenam bersama penduduk pada sebelah pagi dan kemudian melawat pameran dari perbagai agensi kerajaan dan swasta yang menyertai acara berkenaan.

Hamisah turut menyeru agar penduduk setempat mengambil peluang dalam penganjuran program ini kerana berbagai maklumat boleh diperolehi mengenai dasar Negara yang menawarkan peluang meningkatkan pendapatan di gerai pameran oleh agensi kerajaan dan swasta ini.

Hajah Hamisah Samat menyerahkan sijil penghargaan kepada RTM Tawau semasa lawatan ke gerai pameran.

Hajah Hamisah Samat menyerahkan sijil penghargaan kepada RTM Tawau semasa lawatan ke gerai pameran.

Berbagai pengisian diadakan selama dua hari ini antaranya pertandingan karaoke, Pertandingan mewarna Kanak-kanak, ‘gameshow’ oleh RTM dan demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tawau.

Di majlis tersebut pengunjung dihiburkan oleh artis-artis PENTARAMA JaPen selain menampilkan persembahan khas dari adik ‘Jun’, seorang peserta anak kelahiran kampung Merotai dalam program reality TV, Ceria Popstar.

Hadir sama Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Ajilus Haji Sipil, pemimpin masyarakat, ketua-ketua Jabatan dan kampung./SayangSabah

Muis (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penonton bertuah.

Muis (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penonton bertuah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan