Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5,000 pengunjung hadir majlis rumah terbuka UMNO Beaufort

12:00pm 05/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 34 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa (tengah, depan) bergambar bersama para jawatankuasa majlis berkenaan.

Musa (tengah, depan) bergambar bersama para jawatankuasa majlis berkenaan.

BEAUFORT : Lebih kurang seramai 5,000 pengunjung pelbagai kaum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Umno Bahagian Beaufort, baru-baru ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman di Dewan Pa’ Musa.

Di samping juadah beraneka jenis, para tetamu dihiburkan dengan beberapa persembahan oleh artis-artis kelahiran Sabah yang dicungkil bakat menerusi rancangan realiti tv iaitu Bintang Akademi Fantasia, Rubisa Tiasin dan Bintang Ceri Pop Star, Dayang.

Turut menghiasi majlis, persembahan nyanyian oleh tuan rumah yang juga Ketua Umno Bahagian, Datuk Isnin Aliasnih.

Hadir sama ADUN Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi; ADUN Kuala Penyu, Limus Jury dan Ketua Umno Bahagian Sipitang merangkap Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad.- PENERANGAN

Musa bersalaman dengan tetamu kaum Tiong Hua pada majlis itu.

Musa bersalaman dengan tetamu kaum Tiong Hua pada majlis itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan