Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5,000 orang meriahkan rumah terbuka UMNO Tuaran

2:15pm 23/07/2016 Pak Roshan 51 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

 

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir ke majlis rumah terbuka UMNO di Tuaran. - Foto NSTP

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir ke majlis rumah terbuka UMNO di Tuaran. – Foto NSTP

TUARAN: Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Tuaran di Dewan Sri Sulaman di sini, yang dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri tiba pada jam 11.40 pagi selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Kota Belud.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau.

Rumah terbuka UMNO Tuaran dihoskan bersama oleh Hajiji yang juga Ketua UMNO Tuaran dan Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua UMNO Tuaran. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan