Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

5,000 hadiri majlis penutupan karnival Tahun Baharu Cina

Liang Caide (dua kiri) menyampaikan mok cek kepada Goh (dua kanan) sambil disaksikan Yeo (tiga kiri), Teo (tengah) dan Susan (kanan).

KOTA KINABALU : Karnival Tahun Baru Cina 2018 yang berlangsung selama tiga hari di Padang Merdeka, sejak Sabtu terus dikunjungi kira-kira 5,000 masyarakat dari daerah berhampiran.

Program tahunan tersebut merupakan anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang membawakan pelbagai pengisian seperti persembahan Tarian Singa, pertunjukan bunga api, pertandingan ratu cantik, persembahan nyanyian serta tarian tradisi dan moden dari beberapa sekolah rendah dan menengah.

Program itu juga membuka peluang kepada 300 vendor, food truck dan para peniaga sekitar Bandaraya Kota Kinabalu untuk menjual pelbagai produk, makanan serta perkhidmatan kepada para pengunjung.

Menyempurnakan majlis penutupannya, Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang di sini, pada Isnin malam.

Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Konsul Jeneral Negara China di Sabah, Liang Caide, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah, Tan Sri Dr. T.C Goh dan Pengerusi Sambutan Karnival Tahun Baru Cina 2018, Datuk Susan Wong./Penerangan-

PERSEMBAHAN TARIAN… Para pelajar SRJK St. James Kota Kinabalu mempersembahkan tarian kebudayaan Cina kepada para penonton yang hadir.

Komen


Berita Berkaitan