Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5,000 Dijangka Kunjungi Pameran Palmex 2014 Di Sandakan

8:46pm 06/05/2014 Mrs. Kay 20 views Perniagaan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

SANDAKAN, 5 Mei (Bernama) — Lebih 5,000 pengunjung dijangka melawat pameran International Palmex Malaysia ke-5 2014, dari 21 hingga 23 Mei di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini, kata penganjurnya Fireworks Event (M) Sdn Bhd.

Pengarah Perdagangan Antarabangsanya Datuk Jerel Soo berkata acara tahunan itu adalah platform untuk kedua-dua syarikat hiliran dan huluan kelapa sawit untuk meneroka peluang perniagaan yang lebih luas dan berusaha mencetuskan kesedaran global terhadap industri itu.

Soo berkata acara itu akan mengetengahkan jentera pengangkut buah sawit, peralatan pemisahan, pam air, penapis sisa air, produk penstabil tanah dan bio-teknologi, tanah penyumbat jalan, injap dan pam kalis air dan galas.

Satu persidangan mengenai Peluang Perniagaan Hiliran Biojisim Bahau, berlangsung pada 22 Mei di Hotel Four Points, katanya pada majlis taklimat media di sini Isnin yang dihadiri Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Industri dan Penyelidikan Tseu Kei Yue.

Syarikat dari Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, China, Korea, Itali, Jerman, Indonesia dan Jepun, akan mengambil bahagian pada Palmex yang dijadual dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada 21 Mei.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan