Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

5,000 bendera diedarkan kepada pengguna jalan

Yahya mengedarkan bendera kepada pengguna jalanraya di daerah Putatan
Yahya mengedarkan bendera kepada pengguna jalanraya di daerah Putatan bersempena Program Pengedaran Bendera di sini, pagi tadi

PUTATAN- Sejumlah 5,000 bendera Jalur Gemilang dan Sabah diedarkan kepada para pengguna jalanraya di daerah tersebut.

Program itu dianjurkan oleh Kumpulan BTC Berhad sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Adun Petagas, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, pengagihan bendera tersebut bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri masyarakat setempat.

“Kita mahu orang ramai bersama- sama terlibat dalam merayakan hari kebesaran negara ini iaitu Hari Malaysia pada 16 September depan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengagihkan bendera Jalur Gemilang dan Sabah di BTC Textile Emporium, disini, pagi tadi.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan BTC Berhad, Datuk Haji Abdul Jamal Tun Haji Sakaran, Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad, Datuk Haji Kadir M. E Sikkandar dan Pengarah Eksekutif Kumpulan BTC Berhad, Datin Hajah Sithi Kathija Begam Jailani.

Yahya berharap agar usaha tersebut dapat diteruskan pada masa hadapan dan turut menyeru kepada sektor korporat, syarikat serta individu agar menganjurkan program seumpama ini.

Dalam perkembangan lain, Yahya menyeru kerjasama semua pihak dalam melakukan kerja-kerja pembersihan bagi membendung wabak Zika daripada menular.

Katanya, semua pihak termasuklah Ketua Kampung dan masyarakat setempat perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk membersihkan kawasan masing-masing.

“Wabak Zika merupakan penyakit yang berbahaya dan usaha bagi membendung wabak berkenaan merupakan tanggungjawab bersama,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Yahya menerima cenderamata daripada Abd.Kadir M.E.Sikkandar sambil diperhatikan oleh Abd.Jamal (kiri) dan tetamu yang lain.
Yahya menerima cenderamata daripada Abd.Kadir M.E.Sikkandar sambil diperhatikan oleh Abd.Jamal (kiri) dan tetamu yang lain.

Komen


Berita Berkaitan