Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,814

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

500 unit rumah rakyat tambahan buat penduduk Kota Belud

6:16pm 13/02/2016 Leolerry Lajius 163 views Tempatan
Rahman (kiri) menyampaikan angpow kepada warga emas sebagai tanda penghargaan dan penghormatan

Rahman (kiri) menyampaikan angpow kepada warga emas sebagai tanda penghargaan dan penghormatan

KOTA BELUD : Sebanyak 500 unit tambahan pembinaan rumah rakyat akan dibina dan dijual dengan kadar serendah RM42 ribu kepada masyarakat di daerah ini.​

Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Abd Rahman Dahlan berkata, penambahan itu adalah bagi memenuhi permintaan yang disuarakan wakil-wakil rakyat dalam Parlimen Kota Belud.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika berucap merasmikan  Majlis Pesta Angpau, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Penghormatan Warga Emas 2016 di Dewan SJK (C) Chung Hwa.

Beliau turut mengumumkan, pembinaan panel solar untuk menghasilkan tenaga elektrik sebagai salah satu platfrom bagi menjimatkan kos elektrik di sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, Rahman meminta pihak sekolah mengemukakan kertas cadangan permohonan pemasangan solar panel tersebut kepada kementeriannya.

Pada majlis itu, Rahman bersama para pemimpin masyarakat turut menyampaikan angpau kepada warga emas sebagai tanda penghargaan dan golongan kanak-kanak, selain penyampaian sijil dan kepada pelajar-pelajar cemerlang akademik dan pelajar terbaik UPSR.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Jeremy Malajad dan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Jame Alip.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan