Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

500 Unit Lagi Rumah PPR Untuk Penduduk Putatan – Yahya

ppr1

KOTA KINABALU : Sebanyak 500 unit rumah di bawah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di Putatan bagi memenuhi permintaan penduduk yang layak, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Beliau berkata ini sebagai tambahan kepada 1,196 unit rumah PPR di kawasan berkenaan yang sudah siap dibina dan dalam proses pengagihan kepada rakyat yang layak.

“Pada masa ini sudah ada 1,196 unit rumah PPR yang sudah siap. Cuma menunggu masa sahaja pihak berkuasa untuk membuat keputusan untuk memberikannya kepada pemohon yang layak. Saya kira permohonan yang diterima melebihi daripada yang sepatutnya (melebihi jumlah unit rumah),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Putatan di sini Ahad.

Beliau berkata persetujuan untuk pembinaan 500 unit PPR berkenaan di Putatan telah dimaklumkan kepadanya oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Berhubung pengagihan unit rumah PPR sedia ada, beliau berkata semua permohonan akan diteliti dan diperhalusi bagi memastikan hanya pemohon yang benar-benar layak sahaja diberi unit berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Yahya menasihati penduduk Putatan, terutama pemimpin masyarakat, agar memandang serius mengenai ancaman keselamatan ke atas Sabah seperti didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat Sabah baru-baru ini.

Katanya penduduk tidak sewajarnya menyewakan rumah atau tanah mereka kepada pendatang asing tanpa izin semata-mata untuk mendapatkan wang sewa kerana boleh jadi penyewa berkenaan merupakan ancaman kepada keselamatan diri mereka sendiri dan negara secara amnya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan