Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

500 ribu buah syarikat disasar mendaftar dengan GST tahun ini

8:54pm 17/01/2016 Leolerry Lajius 25 views Tempatan
Madrim melepaskan peserta Opersi Jelajah GST.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madrim melepaskan peserta Opersi Jelajah GST.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Sebanyak 500,000 buah syarikat disasarkan untuk mendaftar dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada tahun ini daripada 100,000 ribu yang telah ditetap di seluruh negara.”

Demikian ungkapan Timbalan Pengarah Kastam Sabah Madrim Bin Tasan ketika sidang media sempena Operasi Jejak GST 2016 yang telah dilaksanakan di sekitar Kota Kinabalu, Kinarut dan Tuaran pagi tadi.

“Di Sabah beberapa buah syarikat telah dikenalpasti yang memperoleh nilai pendapatan mencapai  RM500,000 tetapi masih belum mendaftar untuk dikenakan GST, “katanya.

Tambah beliau, operasi itu dilaksanakan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai syarikat perniagaan yang perlu mendaftar dengan GST.

Operasi tersebut telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dan di Sabah telah melibatkan 19 buah kumpulan dengan 110 orang anggota.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan