Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

500 Penyumbang Beri Bantuan Mangsa Kebakaran Di Tawau

7:00pm 17/04/2016 Pak Roshan 308 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

bantuan

TAWAU : Hampir 500 penyumbang termasuk individu, organisasi, pemimpin setempat dan parti politik di Sabah tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Tanah Merah, Batu 2, Jalan Apas dan Blok 10 Kampung Titingan, sehingga hari ini.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, lebih 1,000 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila 183 rumah musnah dalam kebakaran itu.

Sehubungan itu, Anggota Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching berharap mereka yang berkemampuan untuk terus tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran tersebut bagi meringankan beban ditanggung mereka.

“Sumbangan dan bantuan daripada pelbagai pihak sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mangsa,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa kebakaran di sini hari ini.

Pada majlis itu, Yap yang juga Timbalan Menteri Pendidikan menyampaikan bantuan berupa wang tunai daripada Parlimen Tawau kepada mangsa terlibat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan