Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

500 orang sertai program ‘Trick or Treating Halloween’ Imago kali ke-2

ANTARA pemenang kostum halloween tercantik
ANTARA pemenang kostum halloween tercantik

KOTA KINABALU- Lebih kurang 500 orang termasuk kanak-kanak dan remaja bawah 15 tahun menyertai program ‘Trick or Treating Halloween’ kali ke-dua anjuran Pusat Beli Belah Imago, pada ahad lalu.

Mereka yang hadir telah memeriahkan program itu dengan menggayakan kostum Halloween pilihan masing- masing.

Seramai lima orang peserta dengan undian tertinggi telah menerima hadiah yang bernilai RM 1,000 termasuklah telefon pintar mudah alih, baucer pembelian H&M, dan MP3.

Para pemenang kostum terbaik adalah Yew Jia Jun, Rochelle Liaw, Carl Wong, Enya Chan dan Nersha Chang.

Dalam masa sama, pihak imago turut mengadakan pertandingan mengumpul gula- gula yang terbanyak.

Para peserta dikehendaki mengumpul gula- gula sebanyak yang mungkin kedalam bakul berbentuk labu yang telah disediakan oleh pihak penganjur.- Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan