Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

500 OKU meriahkan sambutan Hari OKU Peringkat Negeri

4:31pm 27/11/2015 Dewiana Tinggolongon 19 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Jainab melawat pertandingan kerusi beroda berhias.-Fot Alex Mairin / sayangsabah.

Jainab melawat pertandingan kerusi beroda berhias.-Fot Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Seramai 500 Orang Kurang Upaya (OKU) berserta pengiring ‘berkampung’ selama sehari di pusat beli-belah Oceanus Waterfront bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad berkata, sambutan berkenaan merupakan salah satu manifestasi dan komitmen kerajaan untuk meningkatkan

potensi, nilai diri serta penghormatan kepada OKU.

“Sambutan Hari OKU pada tahun ini adalah berkonsepkan karnival kesenian dan kebudayaan yang mempunyai pelbagai acara pertandingan bakat OKU seperti pertandingan tarian dan nyanyian, pertandingan mewarna dan melukis.

“Selain itu Pertandingan gubahan bunga, pertandingan kerusi beroda berhias dan juga pakaian beragam kitar semula turut diadakan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) di sini hari ini (Jumaat).

Turut hadir dalam majlis itu, Pengarah Eksekutif pusat beli-belah Oceanus Waterfront Johnson Koh,

Jainab berkata, majlis berkenaan turut dilengkapkan dengan pameran daripada agensi kerajaan negeri dan jualan produk daripada pelbagai institusi kebajikan negeri.

Beliau memberitahu Hari OKU kebangsaan tahun ini membawa tema ‘Kepentingan Inklusif:Akses dan pemeriksaan Orang Kurang Upaya’.

Jelasnya tema berkenaan bertepatan pada masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan masyarakat inkusif sebagai tanggungjawab bersama.

Beliau berharap melalui sambutan itu, ia dapat memberi suntikan baharu dan semangat kepada OKU untuk terus cemerlang dalam hidup mereka.- Oeh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Jainab melawat pertandingan kerusi beroda berhias.-Fot Alex Mairin / sayangsabah.

Jainab melawat pertandingan kerusi beroda berhias.-Fot Alex Mairin / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan