Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

500 kotak air mineral untuk mangsa kebakaran di Tawau

 

Penyampaian sumbangan 500 kotak air mineral kepada keluarga mangsa kebakaran.
Penyampaian sumbangan 500 kotak air mineral kepada keluarga mangsa kebakaran.

TAWAU- Sebanyak 500 kotak air mineral di beri kepada keluarga mangsa kebakaran di Lorong Habib Abdul Rahman, Batu 2, Jalan Apas dan Blok 10, Kampung Titingan Darat, di sini, semalam.

Majlis penyampaian tersebut diwakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N. 59 Tanjong Batu, Jumain Sawal mewakili Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.

Terdahulu, lebih 3,000 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang berlaku di Lorong Habib Abdul Rahman, Batu 2, Jalan Apas dan Blok 10, Kampung Titingan Darat pada lebih kurang jam 1.30 pagi itu.

Walau bagaimanapun, tiada penduduk yang cedera dalam kejadian itu dan sebahagian mangsa kini ditempatkan di Masjid Habib Rahman manakala yang lain menumpang di rumah saudara-mara dan jiran berhampiran. -SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan