Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

50 wanita diperkosa askar Myanmar

10:06am 23/11/2016 Pak Roshan 15794 views Global
SEORANG lelaki menutup mayat seorang pelarian Rohingya yang terbunuh dalam kemalangan kereta ketika melarikan diri ke Bangladesh di Cox's Bazar, kelmarin. - Reuters

SEORANG lelaki menutup mayat seorang pelarian Rohingya yang terbunuh dalam kemalangan kereta ketika melarikan diri ke Bangladesh di Cox’s Bazar, kelmarin. – Reuters

Maungdaw (Rakhine): Sekurang-kurangnya 50 wanita di dua kampung di sini dirogol tentera Myanmar kelmarin sementara 25 penduduk lelaki ditahan.

Kejadian berlaku selepas sekumpulan 200 tentera Myanmar memasuki Kampung Kyar Gaung Taung pagi Ahad lalu. Mereka menggunakan pembesar suara, memanggil penduduk keluar, kononnya untuk menemui mereka. Penduduk lelaki yang bimbang ditangkap melarikan diri.

Mereka yang tidak melarikan diri diarah berkumpul di kawasan sawah, bersama penduduk wanita.

Di situ, tentera berkenaan mengganggu dan ada yang merogol wanita terbabit, sementara penduduk lelaki dan kanak-kanak didera.

“Kira-kira 50 wanita diperkosa oleh tentera itu. Dua puluh lima penduduk lelaki ditahan. Mereka masih ditahan dan tentera belum lagi meninggalkan kampung berkenaan,” kata seorang penduduk, semalam.

Seorang penduduk, Amir Hussein pula melaporkan, seekor kerbaunya dicuri tentera Myanmar sebelum mereka membakar rumahnya.

“Mereka menyembelih kerbau saya dan memakannya,” kata Amir.

Pada masa sama, sekumpulan 300 tentera mengepung kampung Myaw Taung sebelum merogol penduduk wanita dan mendera lelaki tua. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan