Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

50 profesor anjur CSR program bersama masyarakat

Kota Belud: Seramai 50 profesor pelbagai bidang menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui Program Profesor Bersama Masyarakat Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros berkata ia adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial MPN untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Program tanggungjawab sosial ini telah masuk siri 15 sejak diadakan pada April 2012 dan mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri, universiti awam dan penduduk setempat.

“Program ini merupakan cara MPN sebagai pemikir negara untuk menyumbang tenaga dan kepakaran bagi membolehkan masyarakat memperoleh khidmat kepakaran dari pelbagai disiplin ilmu.

“Pada kali ini, 50 profesor yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kepakaran akan berkongsi ilmu dengan hampir dua ribu rakyat di daerah Kota Belud hari ini dan Kudat pada 26 April.

” Selain di Sabah, MPN turut menganjurkan program yang sama di Sarawak, Terengganu, Johor, Melaka, Kelantan dan Perak,” jelasnya.

Tambah Raduan, antara pengisian program dua hari tersebut adalah Dialog Kesejahteraan Rakyat bertajuk ‘Pendidikan Generasi Muda Dan Masa Hadapan Sabah’ di Kota Belud dan Dialog Pembangunan Sabah di Dewan Mustapha, Kudat.

Penganjuran Program Profesor Bersama Masyarakat Negeri Sabah 2018 melibatkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kerajaan Negeri Sabah, Universiti Teknologi MARA (UITM) Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kementerian Kesihatan Malaysia dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Antara pengisian lain yang diadakan adalah saringan kesihatan dan perundingan percuma serta program motivasi bersama ibu bapa dan pelajar di Kampung Bavanggazo, Kudat.

Majlis pagi tadi dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam./Penerangan-

Raduan (kanan) menyampaikan cederahati kepada Salleh (kiri).

Komen


Berita Berkaitan