Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

50 peserta dapat manfaat projek penanaman 100 hektar sawit

Azizah Mohd. Dun (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang peserta Felcra Sinapokan di mesyuarat itu. - foto Aryan De Vera
Azizah Mohd. Dun (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang peserta Felcra Sinapokan di mesyuarat itu. – foto Aryan De Vera

MENUMBOK – Felcra Berhad akan mewujudkan satu lagi projek penanaman kelapa sawit di kwasan tanah seluas kira-kira 100 hektar membabitkan penyertaan oleh 50 peserta terdiri daripada pemegang tanah kecil di daerah ini.

Ia sejajar dengan usaha Felcra sebelum ini yang telah melaksanakan tujuh projek penanaman kelapa sawit di kawasan ini membabitkan tanah seluas 253 hektar yang disertai seramai 170 peserta sejak memulakan operasinya pada tahun 1999.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun, mahu masyarakat di kawasan itu khususnya yang mempunyai tanah-tanah terbiar supaya dapat dibangunkan dengan penanaman kelapa sawit menerusi Felcra.

Selain itu, katanya, peserta Felcra juga disaran melaksanakan pelbagai aktiviti industri hiliran dengan melibatkan peranan aktif ahli keluarga peserta di kawasan tanah rancangan yang dibangunkan agensi itu kerana ia diyakini dapat memberi pendapatan tambahan kepada peserta Felcra yang selama ini hanya berharap hasil pengeluaran kelapa sawit.

“Sebagai contoh, keluarga peserta khususnya kaum wanita diberi peluang menceburi bidang perniagaan seperti pengeluaran produk makanan atau hasil lainnya yang boleh juga menggunakan jenama Felcra sebagaimana dibuat agensi lainnya di negara ini. Saya yakin usaha ini pasti dapat meningkatkan lagi ekonomi mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Peserta Felcra Sinapokan Kali ke-5 di Balai Raya Kampung Siaun, Menumbok, di sini hari ini.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort menambah, tumpuan tidak seharusnya kepada penanaman kelapa sawit saja, sebaliknya Felcra perlu membuka peluang kepada anggota keluarga peserta di tanah rancangan dengan mewujudkan pelbagai aktiviti ekonomi berasaskan industri hiliran. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan