Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

50 Pengikut Millah Abraham Dikenal Pasti Di Sabah – Polis

millah

KOTA KINABALU : Lima puluh orang, termasuk anggota keluarga, dikenal pasti menjadi pengikut kumpulan ajaran sesat Millah Abraham di Sabah, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari Em Hadzeer.

Beliau berkata maklumat diperoleh mendapati mereka terdiri daripada golongan semi profesional, belia serta remaja dan dikenal pasti ada perkampungan di Tuaran, Sandakan, Tawau selain berada di sekitar Kota Kinabalu.

“Polis Sabah sedang meneliti, menghalusi dan akan bekerjasama dengan pihak Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk melakukan tindakan komprehensif (terhadap pergerakan kumpulan ajaran sesat itu).

“Asal pergerakan kumpulan ini adalah dari Semenanjung tetapi sebahagian orang Sabah terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara perbarisan Hari Peringatan Polis ke-209 di sini hari ini.

Awang Sahari berkata pergerakan ini disiasat pihak terbabit kerana dipercayai melakukan amalan atau aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan akidah Islam.

Ditanya mengenai tanah yang didakwa dibeli pergerakan kumpulan itu di Tuaran, beliau berkata perkara itu juga masih dalam siasatan.

Mengulas ‘panglima’ Sulu dilantik di setiap Dewan Undangan Negeri di Sabah, Awang Sahari berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu dan akan memberi perhatian sepenuhnya termasuk mengambil tindakan secara komprehensif.

“Polis akan terus meneruskan operasi untuk memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan di sabah terjamin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehuddin Abd Rahman berkata 57 orang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah sejak akta itu diperluas ke Sabah pada April 2014.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan