Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

50 PATI Ditahan Dalam Operasi Bersepadu

4:39am 21/12/2015 Pak Roshan 188 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Seramai 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Bersepadu melibatkan tujuh agensi penguatkuasa awal pagi tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata 25 daripada PATI itu adalah lelaki dan wanita dewasa manakala bakinya adalah kanak-kanak.

Katanya dalam operasi yang bermula pukul 1.30 pagi dan berakhir 8 pagi itu, pihaknya menyasarkan lima kawasan penempatan setinggan dan kawasan pembinaan di Sepanggar, Luyang dan Bukit Nanas, Karamunsing.

Menurut Chandra pihaknya turut menahan lapan lelaki dewasa atas pelbagai kesalahan dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek dibawa ke lokap untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan di sini malam Ahad.

Katanya dalam operasi itu juga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menandakan 46 rumah setinggan untuk dirobohkan.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan