Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

50 keluarga mangsa kebakaran dapat bantuan

Tawfiq (dua dari kanan) melawat tapak kebakaran di Kampung Sentosa Hill Top, Tawau.
Tawfiq (dua dari kanan) ketika melawat tapak kebakaran di Kampung Sentosa Hill Top, Tawau.

TAWAU – Kira-kira 500 mangsa daripada 50 buah keluarga di Kampung Sentosa Hill Top, di sini, menarik nafas lega apabila menerima pelbagai bantuan bagi meringankan beban mereka yang kehilangan harta benda akibat musnah dalam kebakaran, baru-baru ini.

Bantuan peribadi itu disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, semasa mengadakan lawatan ke tempat kejadian, hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Tawfiq turut menasihatkan mangsa kebakaran tersebut supaya bersabar dan sentiasa berhati-hati pada masa akan datang. Dalam lawatan itu, beliau diiringi  Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Sebatik, Suryansah Kassau. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan