Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

50 kanak-kanak berkhatan beramai-ramai

8:45pm 02/12/2015 Ann Vivien 18 views Isu Semasa,Tempatan
Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama antara kanak-kanak yang menyertai program tersebut.

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama
antara kanak-kanak yang menyertai program tersebut.

TAWAU: Seramai 50 kanak-kanak menyertai program berkhatan beramai-ramai di Kampung Ranggu dekat sini, anjuran Pusat Zakat Sabah (PZS) Cawangan Tawau dengan kerjasama Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) Balung.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang hadir merasmikan program itu berharap acara tersebut akan terus dilaksanakan pada masa akan datang dan turut melibatkan penyertaan pelbagai pihak.

Ini kerana, katanya, acara sedemikian boleh meningkatkan lagi semangat kekeluargaan dan ikatan perpaduan di kalangan masyarakat setempat, selain mengangkat tradisi yang menjadi budaya umat Islam.

“Acara sebegini juga boleh membantu mengurangkan rasa gemuruh di kalangan anak- anak yang berkhatan dan mereka juga turut berpeluang berkenalan di antara satu sama lain.

“Ini merupakan tradisi masyarakat Islam harus didedahkan kepada generasi baru sebagai lambang perpaduan,” katanya lagi.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan