Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

50 anak yatim terima sumbangan raya

12:24pm 29/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 7 views Tempatan
Yahya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Yahya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

PUTATAN- Seramai 50 orang anak yatim daerah itu menerima sumbangan raya yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Sumbangan berupa duit raya dan hamper itu merupakan hasil sumbangan daripada beberapa koperasi termasuklah
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) Cawangan Likas, Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) dan Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (KOP-PUSAMAJU).

Menurut Yahya, setiap organisasi perlu melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan.

“Ianya bertepatan sekali dengan Prinsip Koperasi yang kelima iaitu ‘Kerjasama antara Koperasi’ dan Prinsip Koperasi yang keenam iaitu ‘Mengambil berat terhadap masyarakat,”katanya semasa berucap dalam Majlis Imarah Ramadhan Koperasi Bersama Pemimpin dan Anak- Anak Yatim Daerah Putatan, di Hotel Soluxe, disini, semalam.

Selain itu, tambahnya, setiap umat islam digalakkan untuk membuat kebajikan bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

“Amalan bersedekah adalah dituntut dalam Islam bertujuan untuk mengingatkan kita, agar sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

“Ramadhan yang dilalui ini banyak membawa keinsafan kepada diri kita. Ia melatih kita untuk menjadi individu yang lebih bertimbangrasa, serta melahirkan hati dan fikiran yang bersih,” ujarnya.-

Hadir sama, Pengarah SKM Sabah, Umar Sarim Haji Saidin. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan