Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

50 Anak Autisme Jalani Pemuihan Di Carakerja HDOK

Pengarah Hospital Duchess of Kent Sandakan Francis Paul (kanan) beramah mesra dengan dua remaja lelaki golongan Autisme selepas melancarkan Bulan Kesedaran Autisme dan Sesi Soal Jawab bersama Panel peringkat Sandakan, hari ini. - Foto BERNAMA
Pengarah Hospital Duchess of Kent Sandakan Francis Paul (kanan) beramah mesra dengan dua remaja lelaki golongan Autisme selepas melancarkan Bulan Kesedaran Autisme dan Sesi Soal Jawab bersama Panel peringkat Sandakan, hari ini. – Foto BERNAMA

SANDAKAN – Seramai 50 anak istimewa autisme menerima rawatan pemulihan di Unit Pemulihan Carakerja Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK).

Ketua unit itu Norashima Ibrahim berkata mereka, yang berusia empat hingga 15 tahun dari daerah ini serta Tongod dan Beluran, menerima rawatan pemulihan antara 15 minit hingga sejam di unit itu.

“Unit ini mempunyai peralatan yang lengkap…diharapkan lebih ramai anak autisme dapat menjalani rawatan pemulihan di sini,” katanya pada pelancaran Bulan Kesedaran Autisme yang dirasmikan Pengarah HDOK Francis Paul di sini, hari ini.

Norashima berkata masyarakat perlu memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap anak autisme dan memahami keperluan berkaitan yang perlu dikuasai oleh mereka.

Francis pula berkata anak autisme bukan sahaja memerlukan pendidikan akademik malah pendidikan kemahiran berkomunikasi, bersosial dan mengurus diri dengan cara yang sepatutnya.

“Ia keperluan yang perlu digilap kerana penyakit autisme menyukarkan mereka untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan menjalani kehidupan mereka,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan