Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

5 Tips Untuk Anda Berjaya Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan

Gambar Hiasan

 

Dahulu selalu saya mengimpikan akan berjaya khatam Al Quran pada bulan Ramadan namun tidak berkesampaian.

Sehinggalah saya sedar bahawa setiap impian perlu spesifik dan ditulis. Maka saya mengaplikasikan cara ini dalam bab amal ibadah saya.

Sejak tahun 2015, saya mula membuat jadual khas sebagai azam untuk khatam Al Quran di bulan Ramadan. Berkat bantuan Allah, Alhamdulillah cara ini memudahkan impian saya terlaksana.

Saya yakin anda juga mampu lakukan. Panduannya adalah seperti berikut;

#1 – Bahagikan 604 Muka Surat Kepada Jumlah Hari Yang Anda Ingin Khatam

InshaaAllah Ramadan tahun 1439 ada 29 hari**. Maka 604/29 = 20.83. Bermakna 1 hari anda perlu membaca 21 muka surat.

#2 – Bahagikan 21 Muka Surat Kepada 5 Waktu Solat

Setiap 1 waktu anda perlu membaca 4 muka surat dan pilih 1 waktu yang anda boleh lebihkan bacaan 1 muka surat (menjadi 5 muka surat). 4 x 5 + 1 = 21.

#3 – Buat Jadual Dalam Kertas Atau Di Microsoft Excel

Letakkan tarikh (Masihi dan Hijrah), jadual solat dan muka surat yang perlu dibaca. Mulakan jadual dari waktu maghrib setiap hari (permulaan hari Hijrah).

#4 – Install Aplikasi Al Quran Dalam Handphone

Apabila ada masa yang terluang, ketika anda mahu membuka Facebook, buka Aplikasi Al Quran dahulu. (Saya menggunakan Bayan Al Quran. Muka surat sama dengan Al Quran fizikal, boleh tengok terjemahan, boleh bookmark ayat terakhir yang anda baca, boleh dengar bacaan Imam Mekah terpilih).

#5 – Tandakan Di Jadual Bila Anda Selesai Membaca

Penting untuk melihat proses perjalanan bacaan Al Quran anda.

**Bagi muslimah, tolakkan 29 dengan bilangan hari uzur Syar’ie. Contoh: 7 hari. Maka 604 / 22 = 28 muka surat sehari dibahagi 5 waktu solat. 2 waktu solat untuk baca 5 muka surat, 3 waktu solat dijadualkan baca 6 muka surat.

Pastikan kita sentiasa mengikut jadual atau lebihkan bacaan dari jadual asal, agar tidak tersasar dari target jadual yang dibuat.

Semoga Allah Ya Baari’ memudahkan harapan kita semua untuk khatam Quran Ramadan tahun ini. Amin Ya Mujib.

 

(Sumber: Tazkirah.net oleh Izwah Saaiddutdin)

Komen


Berita Berkaitan