Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5 selang 35 minit

10:05am 04/04/2016 Pak Roshan 3294 views Global
KEMBAR lima yang dilahirkan di India, kelmarin.

KEMBAR lima yang dilahirkan di India, kelmarin.

New Delhi: Seorang ibu yang dibawa ke hospital untuk melahirkan anak, yang disangkanya seorang, terkejut apabila melahirkan lima anak perempuan dalam masa 35 minit.

Manita Singh dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit kerana mahu bersalin, walaupun hanya 26 minggu hamil.

Dia begitu bimbang mengenai nasib kandungannya selepas kematian anak lelaki dua tahun lalu.

Doktor di hospital di Ambukapur di Chhattisgarh, timur India membantu dia melahirkan anak perempuan pertama pada jam 11 pagi kelmarin. Ia diikuti dengan empat yang lain – semuanya dilahirkan secara normal.

Suaminya, Manish berkata, dia terlalu gembira kerana bukan dikurniakan seorang, tetapi lima anak dalam masa 35 minit.

“Apabila anak lelaki kami meninggal dunia, kami kecewa. Saya percaya lima anak ini adalah penggantinya.

“Saya hanya berharap mereka akan hidup bahagia selepas ini,” katanya.

Pasangan itu tidak pernah menyangka anak yang dihamilkan Manita itu kembar lima kerana tidak pernah menjalani ultrasound.

Bagaimanapun, kelima-lima bayi itu yang setiap satu seberat kira-kira 1.5 kilogram masih belum dibenarkan pulang.

Mereka diawasi rapat oleh pasukan perubatan di hospital itu memandangkan mereka dilahirkan pramatang.

Ketua pasukan perubatan yang menyambut kelahiran bayi itu, Dr Tekam berkata: “Ini kali pertama saya menyambut lima kembar yang dilahirkan secara normal. Walaupun sihat, saya tidak dapat memberi jaminan mereka akan selamat. Kami akan berusaha memastikan mereka tidak apa-apa.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan